Tan Chow Kang

Yang Berhormat Encik Tan Joon Long @ Tan Chow Kang atau Tan Show Kang (Bahasa Cina: 陈楚江; lahir 17 November 1942) ialah seorang ahli politik Malaysia daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan N29 Sidam yang terletak dalam kawasan parlimen Sungai Petani, Kedah Darul Aman dari tahun 2008 sehingga tahun 2013.Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, Fong Chok Gin dengan majoriti sebanyak 3,618 undi. Beliau memperolehi 9,470 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 5,852 undi.[1]Pada Mac 2010, beliau dilantik menjadi EXCO negeri Kedah dalam satu rombakan EXCO lantas menggantikan Tan Wei Shu (PKR Bakar Arang). Beliau memegang porfolio Alam Sekitar dan Hal Ehwal Masyarakat Cina.[2]Beliau bertanding dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018 di bawah Parti Rakyat Malaysia (PRM) bagi kerusi Nibong Tebal namun kalah dengan undian sebanyak 55 daripada keseluruhan 26,666 orang pengundi.[3][4]

Tan Chow Kang

Lahir 陈楚江
(1942-11-17) 17 November 1942 (umur 77)
Didahului oleh Fong Chok Gin
Digantikan oleh Robert Ling Kui Ee
Parti politik
Parti Rakyat Malaysia (PRM)
Majoriti